Blogger Widgets

18 Disember 2014

KETIDAKUPAYAAN PEMBELAJARAN

CIKGU, ANAK SYURGA SAYA BUKAN BODOH CUMA MEMPUNYAI MASALAH KETIDAKUPAYAAN PEMBELAJARAN.....

Saya dah ajar beratus kali, tapi anak puan macam tu juga, langsung tak faham. Kerja tak siap, salin tak habis. Saya ajar anak-anak cikgu lain tak ada masalah pun......inilah kata-kata seorang guru tahun satu kepada saya 13 tahun lalu. Hati ibu mana tak luluh bila suatu hari terdengar berbualan anak syurga ini dengan adiknya... “cikgu kata kat abang, kamu ni anak cikgu pun bodoh, abang benci cikgu tu”sedikit pun anak syurga ini tidak pernah mengadu kepada saya. Sebenarnya cikgu itu tidak sedar Allah memilihnya untuk mengajar anak syurga untuk diberi pahala yang amat besar. Alhamdulillah anak saya tidak sebodoh yang diucapkan oleh guru tersebut.
Ibu-ibu, ayah-ayah dan cikgu-cikgu....
Anak-anak istimewa sering dikaitkan dengan ketidakupayaan pembelajaran. Sebenarnya ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas atau tahap kecerdasan yang rendah. Ketidakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindakbalas terhadap sesuatu maklumat. Terdapat beberapa bentuk ketidakupayaan pembelajaran iaitu:
v  DISLEKSIA
Ini adalah ketidakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar membaca, menulis dan mengeja dengan cara biasa.

v  ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder)
Ini pula satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokus kepada sesuatu benda. Misalnya seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas, dan bijak tetapi da tidak dapat menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri.

v  DISPRAKSIA
Merupakan satu ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan angota tubuh.

v  DISKALKULIA
Kanak-kanak mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walau berkali-kali diajar dengan yang paling mudah, namun tetap sukar memahami

v  AUTISME
Merujuk kepada ketidakupayaan kanak-kanak mengalami dunua persekitarannya, sebagaimana yang dialami ileh rakan-rakannya yang normal. Mereka sukar bercakap dan berbual-bual, sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk berkomunikasi. Mereka juga bertindak balas dengan cara yag berbeza. Bunyi yang indah mungkin membingitkan mereka. Sentuhan dan belaian yang manjamungkin menjadi sesuatu yang tidak disenangi. Mereka juga tidak dapat mengaikan sesuatu perkataan dengan maksudnya. Jadi mereka mungkin menulang-ulang perkataan-perkataan tertentu, panas baran dan bertindak balas secara luar biasa


Anak-anak Syurga ini memerlukan rawatan, bimbingan, bantuan dan perhatian khusus daripada orang di sekeliling mereka. Bantulah sedaya upaya kita terutama ibu bapa dan guru. Mereka ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri anugerah Allah. 

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     
( Al-Baqarah: 286)

"......Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yg diberikan Allah kepadanya..."
(at-Thalaq : ayat 7)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan