Blogger Widgets

6 Mac 2015

MISI PASCA BANJIR PANTAI TIMUR, SMK TUNKU ISMAIL


Assalamualaikum ...semoga sihat-sihat semua

Pada 19 Februari 2015 yang lalu ketika ramai rakan2 bercuti panjang , seramai 40 warga SMK Tunku Ismail (guru2, suami2 guru, pembantu tadbir, anak2 guru dan guru2 bersara SMKTI) telah ke Kampung Kok Pasir,Tumpat, Kelantan untuk menabur secebis bakti....

Banner kami


Sebeleum bertolak doa dibacakan oleh PK HEM Ustaz Ramli bin Abdullah
Pada asalnya kami bercadang untuk solat Subuh di Masjid Beijing, tetapi kerana tidak mahir dengan kawasan di negeri ini kami telah singgah di Masjid Khairiah Chabang Empat, Tumpat Kelantan



Ustaz Ramli di hadapan bas yang kami naiki

Khemah bantuan banjir

Selesai solat dan mandi ala-ala musafir (maklumlah, tidur dalam bas) kami bertolak ke Tadika Kemas Kampung Kok Pasir, Tumpat....




Barang-barang yang kami bawa kebanyakannya peralatan cat mengecat...


Setibanya kami ke Tadika Kemas Kampung Kok Pasir, mmmm kami dijamu dengan aneka pilihan nasi, iaitu nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang...saya memilih nasi dagang, sinonim dengan tanah kelahiran saya Terengganu,,,dapat juga menikmati keenakan pulut lepa yang dah lama mengidam nak makan.




Bermulalah aktiviti cat mengecat...orang yang ambil gambar sudah tentu gambarnya tiada...hu hu hu.

Wah wah wah Abang Jefri pun pulun sakan...(inilah suami ku)

Keadaan asal dinding bangunan tadika sebelum dicat (gambar atas dan bawah)


Ni pula cikgu Rozis


Ada juga gambar menyibuk tumpang cat


Cikgu Jamil Othman, GKM Teknik Vokasional SMKTI



Geng masak bertungkus lumus memasak untuk tukang cat....



Cikgu  Che Hindon



Lauk pauk sehingga penuh meja...alhamdulillah
Tukang masak keletihan


Sambung kerja....


Cikgu Rozis Che Pa, Cikgu Azam dan Cikgu Zainudin







Orang kuat disebalik cat kuning ini ialah Cikgu Subhah Ahmad yang membelakang kamera









Hasil kerja Cigu Aiza Salwa










Sebelum

Selepas

Bahagian ini ialah hasil kerja Cikgu Huraini seisi keluarga

Saya hanya mewarnakan bahagian kelopak bungaberwarna jingga

Sebelum


Selepas
 Hasil setelah siap....sebelum berangkat pulang kami sempat bertukar-tukar tanda kenangan....














Pulang dengan rasa puas hati
 Selepas beberapa hari kami pulang rupanya kisah kami terpapar dalam akhbar Sinar...paling menarik gambar suami saya yang terpampang...hi hi hi



Sebelum berangkat pulang kami singgah sebentar ke pusara dan kediaman Almarhum Tuan Guru Nik Aziz





Cuba lihat awan tak sangka kelihatan kalimah Allah....Subhanallah




Alfatihah....
Sempat bergambar bersama dengan puteri sulung Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, Nik Aini

Masya Allah tak sangka kami dijamu lagi...ada nasi impit dengan serunding kelapa, kuih muih dam teh o panas

Saya, Cikgu Che Hindon, Cikgu Faridah dan Cikgu Mazlina

walaupun kepenatan kami amat berpuas hati...benarlah janji Allah kalau niat baik Allah balas yang lebih baik. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Masjid Bukit Bunga...sekali lagi kami dijamu dengan hidangan makan malam...rupa-rupanya malam tu ada kenduri di masjid dan semua jemaah dijamu...alhamdulillah....

Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah...perjalanan kami selamat perga dan pulang tanpa sebarang halangan....semoga apa yang kami sumbangkan diberkati Allah. Amin ya rabbal alamin