Blogger Widgets

30 September 2013

Jambatan Kasih PGSR RBT


Assalamualaikum.....
Jika anda ke Jabatan Pengajian Teknikal IPG Kampus Perlis akan kelihatan sebuah jambatan bernama "Jambatan Kasih" seingat saya nama ini diilhamkan oleh pensyarah kami iaitu En. Mahzan bin Hasim yang begitu banyak jasanya kepada geng-geng PGSR RBT ambilan November 2008....lama dahhhh. Pembinaan jambatan ini dilakukan pada penghujung tahun 2012 sebelum kami menduduki peperiksaan Akhir.


                                             Cikgu Rosidi memang pakar dalam pembinaan....











Cikgu-cikgu perlulah berakal cerdik...bukan senang nak pindahkan jambatan yang dibina di bengkel kemudian nak angkat letak atas kolam...dengan berbaju kurung kami menolak dari belakang...
Inilah rupa kolam ikan tanpa jambatan....







Bukan senang nak buat jambatan...kaum-kaum ibu tolong bancuh air ,sediakan makanan dan hulur-hulur apa yang patut je...kalau nak suruh buat tangga jambatan susun bata tak berturap boleh la....tapi kalau suruh masak , hmmm anytime boleh                                                                            








Aktiviti yang ni geng perempuan langsung tak campur, yang sorang ni je perempuan....jurufoto yang tak boleh celik mata kalau satu hari tak ambik gambar. Tapi kalau tak ada orang macam Cikgu Lolita ni mana nak ada kenangan ni...

Cikgu Jasni Jais menyiapkan bumbung...

Cikgu Zaini Bahari yang serba boleh...kalau nak tempah boleh cari dia kat area  Kuala Nerang


Inilah pandangan Jambatan Kasih ni melalui atas bangunan Jabatan Pengajian Teknikal




Alhamdulillah...inilah hasil penat lelah rakan-rakan seperjuangan PGSR RBT NOV. 2008 ....semoga Allah memberkati walau di mana anda berada....juga jutaan terima kasih kepada semua Pensyarah Jabatan Pengajian Teknikal IPG Kampus Perlis terutama En. Beni Mahmud dan En. Mahzan Hasim yang bersabar dengan karenah kami...

WASSALAM....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan