Blogger Widgets

18 Julai 2014

BORANG-BORANG UNTUK PBS KHB - TINGKATAN 3

Assalamualaikum  dan salam sejahtera

Apa khabar cikgu-cikgu KHB , bersedialah untuk mentadbir, menjaga dan menyemak skrip jawapan PT3 KHB. 

Perkongsian ilmu

Guru-guru KHB yang ingin merekodkan keputusan PPPM bolehlah membuat borang sebegini dengan menggunakan perisian word atau excel, apa-apa pun boleh berlaku sama LPM akan menghantar borang untuk di download atau sekeping borang yang kita perlu perbanyakkan sendiri. 
 Sementara menunggu sesuatu yang tidak pasti eloklah cikgu-cikgu bersiap sedia nanti bila ada yang minta pemarkahan tak adalah kita menggelabah.......



15 Julai 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada guru-guru, ibu bapa dan anak-anak pelajar. Di sini saya kongsikan format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu KHB (Ujian Bertulis)

Penerangan
Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon  secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.

Tempoh
Dua jam

Konstruk
Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran

Kaedah Penskoran
Analitik atau holistik

Bentuk Ujian
Objektif atau subjektif

Jenis Item
Respon terhad / respon terbuka / berstruktur / objektif pelbagai bentuk

Tajuk
Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan perlajaran tingkatan satu hingga tiga

Pelaksanaan 
Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan

Pemeriksaan
Dilakukan oleh guru berpandukan Panduan Penskoran

Mode
Murid memberikan respon secara individu

Ujian Bertulis
Pentadbiran : 12 - 17 Oktober
Hantar Gred : 1 - 14 November