Rujukan Wikipedia
Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive
developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap
sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric
disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan
sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat,
aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria.
Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa
autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali
lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism
Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ).
Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.
Pada masa kini, autisme boleh dirawat
tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan
Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat
penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.
Sindrom Asperger dipercayai
sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar.
Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik,
dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam
pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat
kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari
kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai
"fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80
dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".
Pandangan lain mengenai kecacatan ini
adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh
juga dikenali sebagaimasalah spektrum autistik autistic
spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum )
lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory
Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan
bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism,
Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling
bertindan.
Sesetengah individu yang berjaya
dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih
kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning
disabilities).
Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism ).
Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula
ketika berusia 18 bulan.
Terdapat lonjakan dalam kes yang
dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak
spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang
menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa
peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.
Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat
13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar
16%. Peningkatan kadar autism pula adalah 173%.
Beberapa perkara perlu disebutkan di
sini adalah:
·
fenomena idiot savant kadang-kala dilihat
pada mereka yang mempunyai autism
·
autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat
yang berterusan ( continuum of social capability ).
·
penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya
terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR
·
analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" )
-- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah
"di mana X mencari objek yang mereka simpan, tetapi dialih oleh Y" --
lihat teori minda
·
terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh
keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan
perubatan utama.?)
·
peningkatan dakwaan rawatan berjaya pada kanak-kanak dengan rwatan
chelation permakanan bebas kafin, bebas gluten & raksa.
·
RDI merupakan program rawatan mensasar
kecacatan teras sosial/hubungan pesakit autism
Kedua-dau Oliver Sacks dan Torey
Hayden telah menulis mengenai pesakit atau pelajar autistik. Temple Grandin
turut menulis mengenai hidupnya. Donna Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN
1-85302-387-6) gives an interesting perspective on the experience of
the person with autism.
Di Malaysia,
kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan autisme boleh mendaftar
sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai
kad OKU daripadaJabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM)
dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan