Blogger Widgets

8 September 2013

MEMBERI SALAM

Assalamualaikum...
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu". (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a).

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Apabila kamu memasuki rumah-rumah, maka hendaklah kamu memberi salam kepada sesama kamu, sebagai penghormatan yang berkat, lagi baik disisi Allah".(Surah An-Nur ayat 61).

Islam mengalakkan umatnya supaya memberi salam dan menyebarkan salam antara satu dengan lain apabila bertemu, kerana salah satu hak dan kewajipan seorang Muslim adalah apabila bertemu ia memberi salam dan menjawab salam.

Apabila Rasulullah SAW bertanya Iblis apakah tindakkannya apabila umatnya memberi salam sesama mereka, maka Iblis berkata : "Ya Nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu dijalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana keduanya telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah".
 — feeling wonderful.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan