Pengalaman menyertai Projek Menanam Pokok Bakau bersama pelajar persatuan Sains dan Alam Sekitar SMK Tunku Ismail pada 6 April 2013 yang diketuai oleh Cikgu Nor Hartina Abu Bakar adalah satu kenangan indah yang ingin dikongsi bersama sahabat-sahata sekalian. Sungai Merbok adalah sebuah sungai yang terletak di utara bandar Sungai Petani dalam negeri Kedah Darulaman. Dengan kelebaran hampir kurang lebih 1 km disesetengah tempat ia menjadi laluan mudah bagi kapal-kapal layar yang besar dizaman dahulu untuk mudik ke hulu. Sungai ini di kualanya terletak kawasan peranginan Pantai Merdeka di selatan dan Tanjung Dawai di Utaranya.
Sekiranya kita memudikki sungai ini dari kuala ke hulu sungai, dikanan kita adalah Kuala Muda sementara di kiri ialah Lembah Bujang. Memang ada pun nama kampung seperti Kg Pengkalan Bujang dan Kg Segantang Garam dikiri sungai ini. Di kanan pula terletak Kg Sungai Layar tempat membaiki kapal layar zaman dahulu. Nama-nama ini sudah pasti ada kaitan dengan aktiviti perniagaan masyarakat setempat ketika itu. Oleh sebab itu nama-nama lain seperti Sg. Jagong, Sg. Tukang, Sg. Layar, Sg. Pasir dll disekitar Sungai Petani, Telok Bayu, Bendang Raja, kolam Duli merupakan kawasan perdagangan di raja pada zaman dahulu. Di kawasan Sungai Merbok inilah terdapat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan terutama sekali dikawasan
yang di panggil Istana Pulau Tiga.
Peninggalan sejarah disini kami boleh bahagikan kepada tiga iaitu,
1) Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga
2) Peninggalan ‘Gok’ pembakar kayu untuk membuat arang dan batu bata
3) Peninggalan kubu tentera British
Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga
Terdapat 3 buah pulau kecil dalam Sungai Merbok, iaitu Pulau satu, Pulau dua dan Pulau Tiga. Pulau tiga turut juga dikenali sebagai Pulau Kunyit. Pulau-pulau ini walau pun hari ini dikelilingi oleh pokok bakau akan tetapi tanah dibahagian tengahnya kejap dan rata, sesuai untuk didirikan bangunan.Menghampiri Pulau Tiga. Walaupun berpaya bakau disekelilingnya, dibahagian tengah nya mempunyai tanah dan batu yang kukuh.Menurut pegawai perhutanan yang membawa kami menyusuri Sungai Merbok ini setakat yang diketahuinya perkampungan berhampiran Sg Merbok dikatakan milik seorang Sultan.
Menurut seorang penduduk tempatan yang tinggal berhampiran, berusia 73 tahun iaitu Pak Saad terdapat sebuah istana yang didirikan diatas air berhampiran dengan Pulau Tiga. Sewaktu air surut kesan-kesan batu-bata istana ini boleh dilihat didalam air. Istana ini telah dirobohkan sekitar tahun 1876-1881 sewaktu negeri kedah dijajah oleh tentera thai. Malah tanah kampung yang mana Pak Saad mendirikan tanah diklasifikasikan sebagai tanah milik raja, bermula dari jambatan Semeling hingga ke Laguna Merbok.Alor Sungai Tukang telah pun ditutup untuk membina kawasan perumahan Bandar Laguna Merbok. Sungai Tukang adalah tempat dimana kapal-kapal layar zaman dahulu berlabuh untuk dibaiki.
Didalam buku sejarah Mahawangsa terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah ada menyebut bahawa Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pernah bersemayam diistana Pulau Tiga sewaktu melarikan diri tentera thai dahulu. Kalau dicari istana ini hari ini, sememangnya tidak akan dijumpai lagi. Ia telah lama di musnahkan oleh tentera penjajah di zaman dahulu dan serpihannya dibuang kedalam air. Bumi bertuah ini sejak zaman dahulu tidak pernah dilanda gempa bumi untuk merobohkan binaan ini semua. Sekiranya ada, pasti serpihannya dapat dilihat oleh kita hari ini. Begitu juga candi di Lembah Bujang yang sengaja ditimbus untuk menutup sejarah bangsa.
Di riwayatkan bahawa Istana Pulau Tiga adalah sebuah istana lama yang dibina semenjak zaman Iskandar Zulkarnain lagi. Malah dikatakan juga pembinaan istana di Mandalay oleh Raja Mandalika Sultan Madzafar Syah III bergelar Rama Tibodi I adalah mengambil kira saiz dan rekabentuk bangunan tersebut. Hari ini, kesahihannya sudah pasti tidak dapat dipastikan lagi. Dari segi kupayaan masyarakat setempat sememangnya ada kerana Borobodur yang jauh lebih besar pun mampu didirikan di Pulau Jawa. Yang tinggal hanyalah dinding-dinding kotanya sebagai bukti untuk generasi kita hari ini.
Hujan yang turun mencurah-curah semenjak semalam masih belum reda. Pelajar-pelajar tidak sabar untuk meneruskan perjalanan kerana ada antara mereka yang pertama kali menyusuri sungai dengan menaiki bot.
Kami guru-guru diminta berpatah balik kerana rupa-rupanya ada bot lain untuk kami naiki. Namun ada guru-guru lain yang sudah menaiki bot enggan turun dek kerana teruja...sebenarnya bukan bot tetapi sampan.
Tiba di kawasan penanaman bakau tiada jeti khas dalam keadaan licin kami terpaksa berpaut pada pokok-pokok bakau yang terdapat di situ. Bab jatuh terduduk jangan cakap la....ramai yang kena. Tapi ini adalah kenangan.....
Walaupun keadaan berlumpur cikgu-cikgu tetap posing maut.....
Wajah cikgu-cikgu SMK Tunku Ismail yang maintain ayu walaupun kuyup dibasahi hujan
Anak-anak pokok bakau yang tetak disemai sedia untuk di tanam |
Cikgu Nor Hartina orang kuat program ini.... |
Keratan Akhbar... |
Terima kasih kepada Cikgu Nor Hartina kerana sudi mengajak saya menyertai program ni....kalau tak, tak ada idea nak tulis di blog ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan