Assalamualaikum.....
Mentari dan bulan terbit silih berganti, begitu juga musim datang dan pergi menambahkan usia kita hari kehari....tahun 2013 Cikgu Maimunah Bahron mencadangkan persatuan kami menanam ubi tahun, ubi apa tu??? Pelajar-pelajar bertanya, jawab saya "entah cikgu pun tak tahu" rupa-rupanya ubi kemili atau ubi keling...tak tahu juga?
Ubi keling/ubi kemili merujuk kepada sejenis ubi yang kecil dan berkulit hitam. Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel. Di Indonesia, ia juga dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng. Ubi ini boleh dimakan selepas direbus.
ADA UBI ADA BATAS,
Mentari dan bulan terbit silih berganti, begitu juga musim datang dan pergi menambahkan usia kita hari kehari....tahun 2013 Cikgu Maimunah Bahron mencadangkan persatuan kami menanam ubi tahun, ubi apa tu??? Pelajar-pelajar bertanya, jawab saya "entah cikgu pun tak tahu" rupa-rupanya ubi kemili atau ubi keling...tak tahu juga?
Ubi Kemili (Coleus Tuberosus) merupakan jenis tanaman berubi dari family Roxburghiaceae juga dikenali sebagai Ubi Keling (mungkin kerana warna kulitnya yang kehitaman ) tetapi dikalangan masyarakat Jawa di Muar Johor memanggilnya dengan nama Kentang Jembut. Tanaman ini merupakan famili dengan pokok Ati-ati (Coleus) yang dijadikan tanaman hiasan.
Semakin banyak diteroka semakin banyak nama...bawah ni jumpa pula maklumat tentang ubi kemili tapi keluarga lain pula...banyak suku kaum juga ya ubi ni...apa-apa pun ini sekadar rujukan saya kalau nak pasti kenalah rujuk jabatan Pertanian.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ubi Keling | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | ||||||||||||||
| ||||||||||||||
Nama binomial | ||||||||||||||
Plectranthus rotundifolius |
Ubi keling/ubi kemili merujuk kepada sejenis ubi yang kecil dan berkulit hitam. Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel. Di Indonesia, ia juga dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng. Ubi ini boleh dimakan selepas direbus.
Kaedah Penanaman
Kaedah penanaman mudah sahaja ,jika sudah ada pokok induk kerat sahaja bahagian pucuknya lebih kurang 5-7 cm panjang dan cucuk dalam poli beg..kami guna tray oleh tengok gambar.
Bila dah berakar barulah dipindakan ke batas.kami tanam jaraknya lebih kurang 1 kaki atau 30cm untuk tumbesaran pokok dan berselang seli...alaaa tengoklah gambar.
Sementara benih nak berakar kenalah buat campuran medium penanam dahulu...
Pelapistani SMK Tunku Ismail masih bergaya walau penat menggembur tanah...semangat bakal petani moden.
Baja lebih kurang banyak ni saja, buat lubang dekat perdu tanaman dan kambus baja. Lepas tu siram |
Bila pokok dah membesar kenalah baja menggunakan baja NPK 15:15:15 saya tak pandai sangat bab ni...yang pakar ialah Cikgu Maimunah Bahron, tahun hadapan beliau bersara, alahai kalau tinggal kebun ni kat saya tak tahulah apa jadi...tunggu dan lihat je la...
Masa pokoknya baru naik, tambahan pula musim hujan memang seronok mata memandang, nampak cantik je pokoknya tumbuh bentuk bulat sekelompok.
Aktiviti merumput perlu kerap dilakukan jika tidak rumput akan tumbuh dicelah-celah pokok. dalam gambar ni kat celah pokok ubi kemili tu kami tanam kangkung untuk memanfaatkan ruang yang ada, kerana tanaman ni mengambil masa sehingga 12 bulan untuk mendapatkan hasil.
Bila rumpun pokok dah tumbuh panjang berjurai-jurai, perlunya perlu ditimbus lagi dengan medium untuk pertumbuhan ubi...Cikgu Maimunah kata..., saya dan budak-budak ikut je.
Rumpun yang berjurai-jurai di tarik me atas batas untuk kambus medium campuran supaya perdunya mengeluarkan ubi yang lebih beisi.2 minggu sekali kena baja tetapi bukan lagi NPK 15:15:15 tapi baja untuk akar atau ubi...tak ingat la.
Kegunaan dan Khasiat
Ubi kemili direbus atau dimasak seperti juga ubi-ubi lain. Ubi ini juga menjadi ramuan dalam masakan daging, ikan, sup atau sayuran lain sebagai penyedap rasa dan memaniskan masakan itu. Teringat pula kepada Kak Ju mantan pembantu tadbir yang menang pertandingan memasak gulai kari yang letak ubi kemili, memang sedap.
Selepas tuai, kalau nak jual jangan pula dibasuh... |
Daun mudanya juga dibuat sayur dan menjadi ramuan penyedap rasa dalam masakan sayuran.
Rebus cicah kelapa.... |
Khasiat ubi ini dalam tiap-tiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 75 g, protein 1.6 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin A 0.0 mg, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg, vitamin C 8.1 mg.
Dalam tiap-tiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan daunnya mengandungi: air 93.8 g, protein 0.9 g, lemak 0.3 g, karbohidrat 3.5 g, serat 0.6 g, kalsium 164 mg, fosforus 86 mg, ferum 3.9 mg, natrium 3 mg, kalium 119 mg, karotena 1231 mg, vitamin A 205 mg, vitamin B1 0.02 mg, vitamin B2 0.81 mg, niasin 0.8 mg niasin 0.8 mg dan vitamin C 2.1 mg.
Hi Cikgu
BalasPadamSaya berminat dgn penulisan puan. Boleh saya tanya
1. ubi kemili ini, berapa lama selepas ditanan boleh dituai hasilnya?
2. Perlukah pokok dicabut untuk tambah medium tanah dan baja bagi menggalakkan ia mengeluarkan ubi?
Sekian
Hi Tifa,
Padam1. Ubi kemili dituai selepas 12 bulan, sebab itu ia dikenali sebagai ubi tahun.
2. Pokok tidakperlu dicabut, tetapi pokok yang sudah berjurai di kaup ke tengah pasuan atau batas dan ditimbus dengan medium.
3. Penyiraman perlu dilakukan 2 kali sehari dan lebih dimusim kemarau.