Blogger Widgets

9 September 2013

RESEPI PBS TINGKATAN 1- KUIH KETAYAP BELANG


Bahan-bahan ( 10-12 biji(bergantung kepada saiz) )

  • *200g tepung gandum
  • *400ml susu cair atau santan cair
  • *1/4cmt esen vanilla
  • *secubit garam
  • *2 biji telur ayam
  • *2cmb minyak masak
  • pewarna
  • minyak / butter untuk melengser kuali
  • INTI INOVASI:
  • Kastad jagung

Cara-cara

  1. Blend semua bahan bertanda hingga sebati dan tapis.
  2. Untuk belang- belang simpan 150ml adunan dan warnakan dengan warna kesukaan anda dan baki adunan gunakanuntuk mendadar.
  3. Lengserkan non stick pan gengan sedikit minyak...Mulakan dengan menuangkan adunan belang melintang pada kuali anda (saya masukkan dalam botol sos jer senang nak tuang buat belang/ strips)..biarkan hingga sedikit kering dan tuangkan adunan dadar. (tuang sedikit saja, jangan terlalu tebal nanti tak cantik).
  4. Dengan api perlahan biarkan hingga kering tapi jangan di terbalikkn. Angakat dan letakkan inti kastard jagung  semasa masih panas, buat hingga habis dan hidangkan.                           

Selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan