Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Semasa mempelajari masakan Arab bersama Chef Ustazah Wan Habsah beliau bukan sahaja mengajar memasak malah berkongsi ilmu amalan-amalan yang baik ketika memasak.....
Bila ke dapur untuk menyediakan makanan buat
keluarga tersayang...
♥
Sebaiknya berada dalam wudhu.
♥
Mulakanlah dengan memuji Allah SWT.
♥
Pastikan sumber bahan masakan suci dan bersih.
♥
Mendahulukan tangan kanan dalam memotong bahan, mengadun dan mengacau masakan.
♥
Kacau masakan atau minuman ikut arah lawan jam, ianya sunnah.
♥
Besederhana dalam jenis hidangan dan elakkan membazir.
♥
Berselawat dan berzikirlah sepanjang memasak dan boleh
juga mewiridkan"Ya Latif" dan membaca surah Al Imran ayat 200,
keduanya ini dapat melembutkan hati ahli keluarga.
يَـٰٓأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ
ٱصۡبِرُواْ
وَصَابِرُواْ
وَرَابِطُواْ
وَٱتَّقُواْ
ٱللَّهَ
لَعَلَّكُمۡ
تُفۡلِحُونَ
Wahai para ibu,
Usahlah
jemu menyediakan hidangan makanan dengan air tanganmu sendiri kerana
kesungguhanmu itu pasti dinilai Allah SWT dan doa ibu buat anak2nya InsyaAllah
akan dikabulkan. Ambillah kesempatan ketika menyediakan makanan untuk mendoakan
kebaikan buat suami dan anak-anak tersayang. INSYAALLAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan