Assalamualaikum salam rindu buat semua... dah lama tak menjengah
blog ni, dek kerana dongle kerajaan yang dipinjamkan dah rosak.....bilik pula
tak sampai wifi. Balik rumah al maklum je lah macam-macam nak buat.
Idea Cikgu Hasmani Abu Hassan yang memang gila melawat...jom kita
bawa budak-budak sambut hari guru di Cameron Highland, dek kerana dah lama tak
ke sana JOM kita keSANA di musim hujan....LAYAN.
Bas sepatutnya jalan pukul 4.00 pagi , saya yang last sampai,
dekat-dekat pukul 5.00 bas baru jalan....
Nak cerita perjalanan hmm 7 hari 7 malam tak habis tengok gambar,
gambar boleh cerita segalanya.
Celik mata, turun bas singgah Lavender Garden..ye ke tak ingat pulak.
Tapi bunga lavender tak banyak kat sini ada satu lagi lavender
garden yang kena bayar RM5.00 tak silap saya, ha kat situ memang banyak bunga
lavender...
Ais Kerim Lavender , sedap tapi harganya pun sedap... |
Seterusnya kami
check in di Sri Juliana Resort, bawa rombongan sekolah memang senang sebab
biliknya banyak, luas dan ada ruang santai untuk BBQ
pulak nak snap
gambar bilik2 sebelum dikubangkan pelajar...
Ni lah ruang yang kami akan buat BBQ sambutan hari guru malam nanti....tunggu
Aktiviti menurunkan barang-barang memang memenatkan. Mana tidaknya bahan-bahan masakan semua dibawa dari Sungai Petani. Ayam untuk BBQ malam ni pun Cikgu Lolita tempah dari Sungai Petani.
Aktiviti 2
Explore Race di MARDI
Untuk cikgu2 yang nak melawat MARDI:
Waktu Operasi
Tutup setiap Isnin (kecuali pada cuti am atau cuti sekolah)
Selasa – Ahad : 8:30pg – 5 ptg
Selasa – Ahad : 8:30pg – 5 ptg
Harga Tiket
Dewasa : RM 3
Kanak-kanak: RM 1.50
Kanak-kanak: RM 1.50
Rombongan sekolah RM40.00 satu bas
Rombongan Bas dewasa RM 80.00
Kawasan MARDI ni yang best ada Wifi Free....yang lain-lain banyak sangat. Dah tak terlarat nak snap gambar. Anak pula dah lena dengan hujan lebat pula.
Memang penat bergambar....yang bawa baby eloklah bawa pram, kalau tak penatlah nak mendukung anak.
Sementara pelajar berexplorace cikgu2 menjamu mata melihat bunga-bungaan...tak terupload gambar...
PASAR MALAM
Pasar Malam
Brinchang.
Rasanya ni antara aktiviti wajib kalau datang ke Cameron Highland ni. Pasar Malam ni diadakan cuma seminggu sekali (hari Jumaat dan Sabtu) jika hari biasa, tapi kalau cuti sekolah, tiap hari ada pasar malam ni. Kat sini lah kalau korang nak tengok-tengok cenderamata, buah-buah, or sayur-sayuran yang ada. Lebih kurang pasar malam biasa,tak lah semurah yang di sangka cuma agak lebih menarik sebab sayur-sayuran dan buah-buahan sini lebih fresh.
Rasanya ni antara aktiviti wajib kalau datang ke Cameron Highland ni. Pasar Malam ni diadakan cuma seminggu sekali (hari Jumaat dan Sabtu) jika hari biasa, tapi kalau cuti sekolah, tiap hari ada pasar malam ni. Kat sini lah kalau korang nak tengok-tengok cenderamata, buah-buah, or sayur-sayuran yang ada. Lebih kurang pasar malam biasa,tak lah semurah yang di sangka cuma agak lebih menarik sebab sayur-sayuran dan buah-buahan sini lebih fresh.
Bersesak-sesak jalan , ulang alik 2-3 kali tak tau apa nak beli, malam nanti nak buat BBQ makan kenyang2 nanti tak termakan pula...
Yang beli air ni sebab pasar malam di Sungai Petani tak ada air Kelapa Laut Afrika...tapi tak jumpa pula pokok ni di Cameron Highlands ni
Rasanya sesiapa pun jika melawat ke tanah tinggi ni tak sah kalau tak beli strawberry. Saya
beli yang buahnya saiz kecil dengan harga RM10.00 untuk 4 pack. Yang bersaiz besar 3 pack
RM10.00
BBQ TIME
Balik dari Pasar Malam anak dan merengek tak larat jalan. Nak naik ke Resort boleh
tercabut lutut meniti beratus anak tangga di lereng gunung , nasib baik pakai selipar...
Ayam dipanggang para suami yang turut serta, dibantu oleh para pelajar. Yang nak sewa sini kena bawa peralatan sendiri. Pihak pengurusan resort hanya sedia tempat sahaja.
Sambutan hari guru dan hari ulangtahun yang ke 44...dapat bunga pulak tu.... |
Malam ni kami semua enjoy.....
Hari Berikutnya 17 Mei 2014
Kami nak daki Gunung Brinchang untuk melawat Mossy Forest.....meh nak cerita sikit.
Mossy Forest atau Hutan Berlumut yang terletak hampir dengan
gunung Brinchang mungkin kurang popular kerana laluan jalanraya ke sini yang
sukar, tetapi keindahannya memang cukup memukau.
Bagi pendaki gunung, kawasan Mossy Forest yang dikatakan pernah
menjadi tempat pengambaran filem Puteri Gunung Ledang bukanlah satu rahsia.
Namun, kewujudannya tidak banyak diketahui oleh orang awam.
Di sini anda akan melihat kawasan hutan sejuk yang kaya dengan
lumut — dari tanah hinggalah batang kayu, semuanya diliputi lumut hijau yang
menyerap air seperti span basah.
Anda juga dapat
melihat bandar Ipoh dari kawasan gunung ini.
Dan
pasti tidak akan membosankan anda kerana anda disajikan
pemandangan ladang teh yang hijau lagi menarik, panorama hijau di
sepanjang perjalanan anda ke puncak Gunung Brinchang. Setibanya di
Gunung Brinchang terdapat laluan pejalan kaki yang telah disediakan oleh
Jabatan Perhutanan Cameron Highland.Anda perlu berjalan dan menaiki tangga
untuk ke puncak bukit yang akan menjanjikan pemadangan yang cukup menarik lagi
hijau.Ia dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan demi memastikan ekosistem tanah tinggi
terpelihara.dibina di atas pelantar kayu yang memudahkan pergerakan kita untuk
melihat kawasan hutan.. Dari kawasan tempat letak kereta, terdapat laluan
jambatan (walkway) sepanjang 200 meter yang membawa pengunjung ke dalam hutan
berlumut tanpa bersusah payah. Dan di akhir laluan ini akan bermulanya
laluan trek hutan ke puncak Gunung Irau (6,932 kaki dari paras laut) yang mana
‘mossy forest’ lebih menarik dari Gunung Brinchang. Keindahan hutan
berlumut atau “Mossy Forest” (ketinggian 6,561 kaki) yang terletak di Gunung
Brinchang (6,666 kaki dari paras laut yang diukur dari Stesen Mikro Gunung
Brinchang) Dengan lumut menghijau dari Tanah hutan ke puncak pokok
memberikan pemandangan yang cantik, damai dan indah serta memberikan suasana
yang penuh mistik. Berada di dalam hutan berlumut di Gunung Brinchang juga
seumpama anda sedang berdiri di dalam Fangorn Forest dalam filem Lord of The
Rings. Terdapat juga bermacam jenis fauna dan flora , pelbagai jenis
orkid tumbuh hidup liar, paku pakis dan sebagainya. Bungaperiuk kera
(Nepenthes pitcher plants) yang menjadikan serangga kecil sebagai
makannya. Pohon-pohon Dipterokarp atas, akar pokok yang berselirat, lumut segar
yang basah dan juntaian pokok Liana yang berlilit menjadi santapan mata Sesuatu
yang harus anda tahu, ketika anda berada di sini, anda berada di 2 negeri dalam
masa yang sama..
Perak Dan Pahang.. Mau tercabut tapak kaki mendaki gunung ni....(sebenarnya catatan dan gambar ni hasil pekongsian anak-anak dan guru yang mendaki....saya tak dapat mengikuti pendakian akibat serangan migrain, may be next time)
Perak Dan Pahang.. Mau tercabut tapak kaki mendaki gunung ni....(sebenarnya catatan dan gambar ni hasil pekongsian anak-anak dan guru yang mendaki....saya tak dapat mengikuti pendakian akibat serangan migrain, may be next time)
Catatan pengalaman yang sungguh indah...sambutan hari guru dan hari ulangtahun di
temani suami dan anak-anak. Bekerja sambil bercuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan