11 Disember 2014

CIKGU2 SEMESTI BERKURSUS DI PULAU PAYAR

Assalamualaikum....




27 Mei 28 Mei 2014
Latihan Dalam Perkhidmatan
MEMBINA SEMANGAT RAKAN SEPASUKAN
ANJURAN SMK TUNKU ISMAIL DENGAN KERJASAMA UNIT AKAUN JPN KEDAH DIKELOLAKAN OLEH PUAST KOKURIKULUM NEGERI KEDAH (KEM SINGKIR)                  LOKASI: PULAU PAYAR, PULAU LANGKAWI

Saya ceritakan serba sedikit tentang Pulau Payar yang asalnya namanya Pulau Payah Ayaq mengikut siempunya cerita, destinasi yang indah ini memang sesuai dilawati oleh pecinta alam cptaan Allah, tetapi tentu tidak digemari oleh kaki shopping...
PULAU Payar, Langkawi merupakan antara pulau di negara ini yang diwartakan sebagai Taman Laut Negara oleh kerajaan dalam usaha memulihara keindahan batu karang dan hidupan laut di sekitarnya.
Dengan adanya penjagaan dan kawalan secara konsisten dari Jabatan Perikanan Kedah/Perlis, persekitaran marinnya terus terbela dan diperkayakan lagi.
Suasana itulah yang menjadikan Pulau Payar tumpuan para pelancong yang mahu menghayati dan mendekati alam semulajadi terutamanya di dasar laut.
Taman Laut Negara Pulau Payar terdiri daripada empat buah pulau iaitu Pulau Lembu, Pulau Kaca, Pulau Payar dan Pulau Segantang. Ia terletak kira-kira 15 batu nautika ke barat Kuala Kedah, 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi dan 32 batu nautika ke utara Pulau Pinang.
Taman laut itu menjadi tarikan kerana taburan batu karang di sekeliling empat buah pulaunya yang sesuai untuk aktiviti berenang, snorkeling dan menyelam.
Kawasan pantainya terlindung dari pukulan ombak dan ini membuatkan airnya tenang dan sentiasa jernih yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan hidupan marin.
Pulau Payar mempunyai empat kawasan berpantai sepanjang kira-kira 200 meter keseluruhannya, yang airnya cetek dan sesuai sebagai kawasan untuk berenang dan snorkeling.
Terdapat beribu-ribu spesies hidupan laut di Taman Laut Negara Pulau Payar yang dianggap antara tempat terbaik untuk menikmati keindahan dasar laut.
Purata kejernihan airnya sehingga pada kedalaman kira-kira sembilan meter hingga 15 meter memberi keseronokan kepada penyelam yang boleh melakukan aktiviti itu pada bila-bila masa sahaja.
Para penyelam pula mempunyai pilihan sama ada menyelam di kawasan datar di sebelah timur Pulau Payar ataupun di kawasan curam di sebelah barat Pulau Payar dan di sekeliling Pulau Segantang.
Di bahagian selatan Pulau Payar pula terdapat satu kawasan yang dikenali sebagai Taman Karang yang mempunyai taburan batu karang lembut yang padat dan berwarna-warni.
Selain menikmati keindahan pelbagai spesies hidupan laut termasuk batu karang, para pengunjung juga boleh mendekati sekumpulan anak ikan yu yang jinak di kawasan air cetek di hadapan Pusat Taman Laut.
Pelbagai jenis ikan dapat dilihat di tepi pantai mahupun kawasan berdekatan dengan jeti bot kerana airnya yang jernih dan tenang. Pusat Taman Laut di Pulau Payar yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Negeri Kedah/Perlis menyediakan segala maklumat mengenai taman laut itu.
Pengunjung boleh mendapatkan poster, peta, risalah dan menonton gambar slide dan video mengenai Pulau Payar di pusat itu bagi menambah pengetahuan mengenai persekitaran marin.

Sebagai pulau yang diwartakan dan bagi tujuan pemuliharaan, segala aktiviti yang memberi kesan negatif adalah dilarang seperti menangkap ikan di dalam kawasan dua batu nautika dari kawasan pantai Pulau Payar.
Pengunjung juga dilarang mengambil, mengalih, memusnahkan atau memiliki sumber marin seperti cengkerang, moluska, batu karang dan ikan sama ada hidup atau mati.
Taman laut itu boleh dikunjungi sepanjang tahun menerusi syarikat dan agensi pelancongan yang bersedia menguruskan perjalanan sama ada dari Kuala Kedah, Langkawi atau Pulau Pinang.
Syarikat Nautica Ferries juga menyediakan perkhidmatan dari Kuala Kedah ke Pulau Payar pada setiap hari Jumaat

Ok seterusnya marilah tengok gelagat kami warga pendidik ber LADAP di Pulau Payar. Kami sewa sebuah ferry dari Kuala Kedah dengan bayaran angaran RM5000.00 dan bot kecil untuk membawa kami ke pulau kerana lautan yang cetek dan bimbang merosakkan batu karang ferry tidak boleh berlabuh hingga ke jeti Pulau Payar.


Bersarapan di Kuala Kedah, yang berbaju kuning ialah Pengetua SMK Tunku Ismail, Pn. Nooriah Bahari
Ketika menunggu Feri di terminal feri Kuala Kedah
Jaket keselamatan, semua ni kami punya, pinjam dari Pusat Ko Kem Singkir
A shoulder to land on.....LADAP bawa hubby memang best








Kami sempat berposing sakan atas bumbung feri...bukan senang nak dapat peluang macam ni, pergi pulak berdua. Feeling honeymoon gitu....



Bergaya dengan jaket keselamatan...bila lagi


Ni semua peralatan yang kami bawa, tu sebab kena sewa sebuah feri.


Gambar ni  masa dalam perjalanan balik semua happy walau mandi air hujan

Ni part yang paling best kami kena turun dari feri dan naik bot kecil dengan beg2 segala. Seronok pula duduk bersesak2 macam ni di tengah laut. Tapi rasa berdebar2 juga almaklumlah lautan...


Feri pun berlalu pergi meninggalkan kami semua seramai 80 orang ......

Jeti Pulau Payar



Dari kejauahan lihat sahaja pemandangan ni, terucap Subhanallah...indah sungguh ciptaan Allah.


Posing dulu sebelum memulakan aktiviti. Belakang tu yang tengah minum air Guru Kanan Bahasa Tn. Hj Rosli Yaacob, salah seorg juru kamera kami, Yang berbaju merah pula Ustazah Nuraini Mahmud, sebeleh belakang saya PK tingkatan 6 Pn. Ruzana Abidin dan yang bertudung biru hujung sekali ialah PK Pentadbiran Pn. Meriam Abd Karim.




Posing lagi...

Taklimat ringkas...jangan tangkap ikan, jangan memancing, jangan pijak batu karang, jangan petik batu karang, jangan berkaki ayam, jangan sapu sun block, jangan bawa makanan masa snorkeling...jangan buang sampah
tengok sahaja

tengok sahaja

tengok sahaja

Tengok aje ye






Seronok tak terkata berenang (tak pandai pun) air kat sini tak melekit, ikan-ikan jelas kelihatan, ikan kerapu berenang keliling kita...kalau tak ada larangan dah lama kena sauk buat masak Kerapu 3 rasa....







Seterusnya aktiviti jungle tracking, adoi lenguh kepala lutut meredah anak tangga lebih kurang 100 langkah. Dari puncak boleh nampak Pulau Langkawi.


Syarikat swasta, Langkawi Coral turut membina platform di perairan Pulau Payar bagi memudahkan pengunjung menikmati keindahan taman laut tersebut. Disebabkan kami tidak membayar pakej dengan syarikat ni, maka terpaksalah kami berenang ke pelantar ni...kesian kan. Tapi tak mengapa kerana ada tali dari daratan ke pelantar ini. Ombak yang kuat dan jaket yang dipakai kadangkala boleh menghanyut kan kita...adalah juga hampir 1 liter tertelan air laut.



Batu karang kat bawah ni sungguh cantik...rasa nak junam ke bawah. Subhanallah. 

Yang ni batu karang yang  biasa sahaja..





Scuba Diving...aktiviti paling best...yang belum ada pengalaman bagi wanita bertudung pastikan beli swimming cap kerana jika memakai tudung yang tebal air akan masuk melalui dahi dan mengganggu aktiviti  menyelam. Seelok-eloknya pakai tudung syria atau tudung khas untuk aktiviti scuba.

Malam, kami tidur di hotel beribu bintang ...angin memang tiada. Agak panas, elok cari port bawah kipas. Untuk mandi ada air tawar, iaitu air laut yang diproses semula. Eloklah bawa sebotol air untuk berus gigi. Air minuman disini sebotol kecil ialah RM2.00, jadi sesiapa yang bercadang nak bawa anak2 eloklah bawa siap2, makanan ringan dan minuman. Sini ada 1 gerai kecil menjual minuman dan jajan dengan harga yang sungguh mahal, tak ada elektrik kecuali mlm. Jika nak cas telefon atau bateri kamera kena tunggu malam. Tiada liputan telefon kecuali celcom...






Curi-curi bagi makan roti....menyesal tak ada kamera kalis air

Ikan ni ditangkap dan seterusnya dilepaskan...ikan Nemo

Landak laut, kalau terpijak jangan beracun






Aktiviti santai petang posing2....






Tengok aje

Tengok je ye

Maaf kerana tak tersenarai semua nama rakan2, namun perkongsian gambar sudah cukup menjadi kenangan indah bagi warga SMK Tunku Ismail, jutaan terima kasih kepada pegawai2 Unit akaun JPN Kedah dan Jurulatih2 Pusat Ko Kem Singkir

#Cara Ke Pulau Payar
Anda boleh ke Pulau Payar melalui 3 laluan — dari jeti Kuala Kedah (30 min), Pulau Langkawi (1 jam) atau Pulau Pinang (2 jam).
Kebanyakan pengunjung ke sini selalunya datang melalui pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan di sekitar Langkawi. Pakej sebegini selalunya termasuk kos peralatan snorkeling, pengangkutan pergi balik ke hotel, insuran dan makan tengahari sewaktu di pulau.
Jenis Pakej dan Harga/Kos ke Pulau Payar
Kebiasaanya ada 2 pakej yang selalunya disediakan dari Langkawi ke Pulau Payar:
1. Pakej Pantai
Pakej selalunya berharga di bawah RM120 seorang. Anda akan di tempatkan di tepi pulau di mana anda boleh melakukan aktiviti snorkeling di pesisir pantai. Makanan selalunya di bekal dalam bekas makanan.
2. Pakej Laut Dalam/Pakej Coral
Pakej ini selalunya berharga di atas RM230 seorang. Anda akan menghabiskan masa di platform tengah laut di mana anda boleh melihat lebih banyak ikan kawasan laut berbanding pantai, dan melakukan aktiviti snorkeling.
Anda juga boleh melihat ikan dengan balai cerap bawah laut yang di bina di bawah platform. Makanan di sini biasanya berbentuk buffet.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan