CIKGU, ANAK SYURGA SAYA BUKAN BODOH
CUMA MEMPUNYAI MASALAH KETIDAKUPAYAAN PEMBELAJARAN.....
Saya dah ajar beratus kali, tapi anak
puan macam tu juga, langsung tak faham. Kerja tak siap, salin tak habis. Saya
ajar anak-anak cikgu lain tak ada masalah pun......inilah kata-kata seorang
guru tahun satu kepada saya 13 tahun lalu. Hati ibu mana tak luluh bila suatu
hari terdengar berbualan anak syurga ini dengan adiknya... “cikgu kata kat
abang, kamu ni anak cikgu pun bodoh, abang benci cikgu tu”sedikit pun anak
syurga ini tidak pernah mengadu kepada saya. Sebenarnya cikgu itu tidak sedar
Allah memilihnya untuk mengajar anak syurga untuk diberi pahala yang amat
besar. Alhamdulillah anak saya tidak sebodoh yang diucapkan oleh guru tersebut.
Ibu-ibu, ayah-ayah dan
cikgu-cikgu....
Anak-anak istimewa sering dikaitkan
dengan ketidakupayaan pembelajaran. Sebenarnya ketidakupayaan pembelajaran
bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas atau tahap kecerdasan yang rendah.
Ketidakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak
yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindakbalas terhadap
sesuatu maklumat. Terdapat beberapa bentuk ketidakupayaan pembelajaran iaitu:
v DISLEKSIA
Ini adalah ketidakupayaan
pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar membaca, menulis dan mengeja
dengan cara biasa.
v ADHD (Attention Deficit and
Hyperactivity Disorder)
Ini pula satu gangguan yang
menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokus kepada sesuatu benda.
Misalnya seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas, dan bijak tetapi da
tidak dapat menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri.
v DISPRAKSIA
Merupakan satu ketidakupayaan
pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan angota tubuh.
v DISKALKULIA
Kanak-kanak mengalami masalah dalam
pengiraan dan hitungan. Walau berkali-kali diajar dengan yang paling mudah,
namun tetap sukar memahami
v AUTISME
Merujuk kepada ketidakupayaan
kanak-kanak mengalami dunua persekitarannya, sebagaimana yang dialami ileh
rakan-rakannya yang normal. Mereka sukar bercakap dan berbual-bual, sebaliknya
mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk berkomunikasi. Mereka juga
bertindak balas dengan cara yag berbeza. Bunyi yang indah mungkin membingitkan
mereka. Sentuhan dan belaian yang manjamungkin menjadi sesuatu yang tidak
disenangi. Mereka juga tidak dapat mengaikan sesuatu perkataan dengan
maksudnya. Jadi mereka mungkin menulang-ulang perkataan-perkataan tertentu,
panas baran dan bertindak balas secara luar biasa
Anak-anak Syurga ini memerlukan
rawatan, bimbingan, bantuan dan perhatian khusus daripada orang di sekeliling
mereka. Bantulah sedaya upaya kita terutama ibu bapa dan guru. Mereka ini
mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri anugerah Allah.
Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
( Al-Baqarah: 286)
"......Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yg diberikan Allah kepadanya..."
(at-Thalaq : ayat 7)
(at-Thalaq : ayat 7)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan