Blogger Widgets
Memaparkan catatan dengan label AUTISME. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AUTISME. Papar semua catatan

19 Disember 2014

ANAKKU AUTISME

Assalamualaikum ibu ayah istimewa yang menjadi pilihan Allah. Hari ini saya kongsikan karya yang saya baca. Mungkin ada dikalangan guru-guru yang boleh mendapat sedikit panduan melalui penulisan ini....

Suzi bingung dengan sikap anak keduanya, Ismail yang menunjukkan tingkah laku yang aneh. Dia kerap kali marah-marah dan suka menjerit dengan suara yang kuat. Malah pada usia tiga tahun setengah dia masih tidak memahami apa yang dikatakan dan tidak mengendahkan apabila dipanggil. Padahal dia dilahirkan normal cuma apabila dia mula membesar, dia tidak suka dibelai dan dimanjakan. Apa masalah sebenar si kecil ini? Ikuti pandangan Dr.Mastura Badzis, Pensyarah di Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa.

Apakah Autisme?
Adakah anak anda mempunyai simptom yang sama dengan anak Suzi? Jika ya, anak anda mungkin berisiko menghadapi masalah autisme. Mungkin ramai ibu bapa yang kurang arif tentang masalah ini.
“Autisme ialah gangguan psikitrik atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Keadaan ini berkisar mengenai masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran. Pengesanan awal mampu menyelamatkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri,” kata Dr Mastura Badzis.
Biasanya, petanda kesihatan anak yang menunjukkan simptom gangguan sama ada secara mental dan fizikal tidak disedari. Misalnya masalah autisme yang boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga tiga tahun namun disebabkan kurang peka, masalah ini gagal dikesan pada peringkat awal dan menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk menjalani kehidupan apabila membesar kelak.
Menurut Dr Mastura, terdapat beberapa kategori autisme iaitu autisme Autistic disorder atau “Klasik” Autisme”, “Sindrom Asperger” atau turut dikenali sebagai “Atypical Autisme” dan Pervasive Developmental Disorder.
 
Peka Akan Simptomnya
Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal lain. Hal ini menyukarkan masalah ini sukar dikenal pasti kecuali ibu bapa peka akannya simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh mereka.
Antara simptom-simptom autisme ialah:
  • Tidak menunjukkan eye contact
  • Tidak bertindak balas terhadap senyuman
  • Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepada ke dinding.
  • Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendirian.
  • Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang atau mengeluarkan suara ‘robotik’ atau disebut sebagai echolalia. Mereka juga sering mengulang-ulang apa yang diperkatakan dan kerap melentikkan badan apabila dipeluk.
  • Terlalu sensitif, mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan.
  • Gemar mengibarkan tangan dan memusing-musingkan badan setempat. Malah pada kanak-kanak 18 bulan ke atas, mereka cenderung untuk menggunakan isyarat berbanding perkataan.
  • Sukar untuk mengubah rutin yang mana jika diubah akan mengakibatkan tantrum.
  • Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
Apabila ditanya apakah penyakit ini boleh diwarisi secara genetik atau keturunan, Dr Mastura berkata “Penyakit ini diwarisi secara keturunan atau genetik tanpa sebab yang diketahui. Hal ini kerana autisme disebabkan oleh keganjilan pada faktor biologi dan neurologi pada otak mereka. Keadaan tidak normal ini juga boleh disebabkan olah pendedahan kepada persekitaran yang tercemar atau berat semasa lahir yang rendah atau kelahiran pramatang”.

Anakku autisme, apa perlu dilakukan?
“Ibu bapa hanya boleh mengesan tanda-tanda awal melalui senarai semak perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak boleh sewenang-wenangnya mengatakan si manja autistik. Jangan lekas melabelkan si manja mengalami autisme dengan hanya kerana dia menunjukkan beberapa signal autistik. Bawalah si manja mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk memeriksa pendengarannya kerana khuatir mereka pekak. Setelah dikenal pasti tidak pekak, maka bawalah pula berjumpa pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri untuk membuat ujian dan pemantauan sama ada si manja benar-benar menghidap autisme sebelum diberikan rawatan sewajarnya,” ujar Dr Mastura.
Rawatan terapi untuk kanak-kanak autisme hanya boleh dijalankan oleh pakar sahaja. Antara rawatan tersebut ialah Applied Behaviour Analysis yang dilakukan secara bermain atau play theraphy.

Mendekati kanak-kanak Autistik
Kanak-kanak autistik memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care. Hal ini perlu dilakukan dengan berterusan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan kewujudan orang lain. Elakkan merenung atau menyentuh si kecil autistik kerana kelakuan ini akan menyebabkan mereka stres. bagi mengasuh dan membimbing, banyakkan menggunakan alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah menterjemahkan. Anda juga boleh memberikan kemahiran sosial melalui teknik berkumpulan, bercerita dan sebagainya.
Gejala autisme boleh diredakan dengan menyediakan persekitaran yang selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang tenang. Mereka juga perlu diberi peluang untuk merasa apa juga yang ada di persekitaran mereka bertujuan untuk merangsang. Penyakit yang dikenal pasti tidak mempunyai penawar ini akan berkekalan sehingga dewasa. Oleh sebab itu, kepekaan ibu bapa dan pengesanan awal amat diperlukan. Anak-anak autisme boleh diberikan latihan menguruskan diri sendiri adalah langkah yang boleh diambil sebagai persediaan menempuh kedewasaan.
Ibu bapa yang memiliki anak autisme bolehlah mendaftarkan anak ke persatuan atau group support untuk mendapatkan sokongan, bertukar pendapat dan mengatasi ketegangan yang dialami. Menghantar anak ke kelas yang menawarkan pendidikan khas untuk pesakit autisme boleh membantu mereka mengatasi masalah komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai agar mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup apabila dewasa kelak.

INFO:
Seramai 10 peratus penghidap autisme dikenal pasti memiliki idiot savant di mana mereka mempunyai kemahiran istimewa di dalam bidang matematik atau komputer, berupaya mengingati fakta, kebolehan dalam bidang muzik dan kesenian. 
(Sumber: Majalah Pa&Ma Januari 2013)

Segala yang baik adalah pemberian Allah, segala yang buruk saya mohon ampun


APAKAH AUTISME?

Rujukan Wikipedia
Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggerispervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggerispsychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.
Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.
Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".
Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagaimasalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.
Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning disabilities).
Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism ). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia 18 bulan.
Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.
Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan kadar autism pula adalah 173%.
Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:
·         fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autism
·         autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan ( continuum of social capability ).
·         penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR
·         analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" ) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "di mana X mencari objek yang mereka simpan, tetapi dialih oleh Y" -- lihat teori minda
·         terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.?)
·         peningkatan dakwaan rawatan berjaya pada kanak-kanak dengan rwatan chelation permakanan bebas kafin, bebas gluten & raksa.
·         RDI merupakan program rawatan mensasar kecacatan teras sosial/hubungan pesakit autism
Kedua-dau Oliver Sacks dan Torey Hayden telah menulis mengenai pesakit atau pelajar autistik. Temple Grandin turut menulis mengenai hidupnya. Donna Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN 1-85302-387-6) gives an interesting perspective on the experience of the person with autism.
Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan autisme boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripadaJabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya