Blogger Widgets
Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI PERSATUAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI PERSATUAN. Papar semua catatan

8 Oktober 2013

MENANAM UBI KEMILI

Assalamualaikum.....


Mentari dan bulan terbit silih berganti, begitu juga musim datang dan pergi menambahkan usia kita hari kehari....tahun 2013 Cikgu Maimunah Bahron mencadangkan persatuan kami menanam ubi tahun, ubi apa tu???  Pelajar-pelajar bertanya, jawab saya "entah cikgu pun tak tahu" rupa-rupanya ubi kemili atau ubi keling...tak tahu juga?
Ubi Kemili (Coleus Tuberosus) merupakan jenis tanaman berubi dari family Roxburghiaceae juga dikenali sebagai Ubi Keling (mungkin kerana warna kulitnya yang kehitaman ) tetapi dikalangan masyarakat Jawa di Muar Johor  memanggilnya dengan nama Kentang Jembut. Tanaman ini merupakan famili  dengan pokok Ati-ati (Coleus) yang dijadikan tanaman hiasan.
Semakin banyak diteroka semakin banyak nama...bawah ni jumpa pula maklumat tentang ubi kemili tapi keluarga lain pula...banyak suku kaum juga ya ubi ni...apa-apa pun ini sekadar rujukan saya kalau nak pasti kenalah rujuk jabatan Pertanian.



Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ubi Keling
Ubi Keling.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:Hidupan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Lamiales
Keluarga:Lamiaceae
Genus:Plectranthus
Spesies:P. rotundifolius
Nama binomial
Plectranthus rotundifolius

Ubi keling/ubi kemili merujuk kepada sejenis ubi yang kecil dan berkulit hitam. Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel. Di Indonesia, ia juga dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng. Ubi ini boleh dimakan selepas direbus.


Kaedah Penanaman
Kaedah penanaman mudah sahaja ,jika sudah ada pokok induk kerat sahaja bahagian pucuknya lebih kurang 5-7 cm panjang dan cucuk dalam poli beg..kami guna tray oleh tengok gambar.





Bila dah berakar barulah dipindakan ke batas.kami tanam jaraknya lebih kurang 1 kaki atau 30cm untuk tumbesaran pokok dan berselang seli...alaaa tengoklah gambar.


Sementara benih nak berakar kenalah buat campuran medium penanam dahulu...

Pelapistani SMK Tunku Ismail masih bergaya walau penat menggembur tanah...semangat bakal petani moden.

Baja lebih kurang banyak ni saja, buat lubang dekat perdu tanaman
dan kambus baja. Lepas tu siram


Bila pokok dah membesar kenalah baja menggunakan baja NPK 15:15:15 saya tak pandai sangat bab ni...yang pakar ialah Cikgu Maimunah Bahron, tahun hadapan beliau bersara, alahai kalau tinggal kebun ni kat saya tak tahulah apa jadi...tunggu dan lihat je la...




Masa pokoknya baru naik, tambahan pula musim hujan memang seronok mata memandang, nampak cantik je pokoknya tumbuh bentuk bulat sekelompok.




Aktiviti merumput perlu kerap dilakukan jika tidak rumput akan tumbuh dicelah-celah pokok. dalam gambar ni kat celah pokok ubi kemili tu kami tanam kangkung untuk memanfaatkan ruang yang ada, kerana tanaman ni mengambil masa sehingga 12 bulan untuk mendapatkan hasil.




Bila rumpun pokok dah tumbuh panjang berjurai-jurai, perlunya perlu ditimbus lagi dengan medium untuk pertumbuhan ubi...Cikgu Maimunah kata..., saya dan budak-budak ikut je.
Rumpun yang berjurai-jurai di tarik me atas batas untuk kambus medium campuran supaya perdunya mengeluarkan  ubi yang lebih beisi.2 minggu sekali kena baja tetapi bukan lagi NPK 15:15:15 tapi baja untuk akar atau ubi...tak ingat la. 




Kegunaan dan Khasiat

        Ubi kemili direbus atau dimasak seperti juga ubi-ubi lain. Ubi ini juga menjadi ramuan dalam masakan daging, ikan, sup atau sayuran lain sebagai penyedap rasa dan memaniskan masakan itu. Teringat pula kepada Kak Ju mantan pembantu tadbir yang menang pertandingan memasak gulai kari yang letak ubi kemili, memang sedap.
Selepas tuai, kalau nak jual jangan pula dibasuh...

Daun mudanya juga dibuat sayur dan menjadi ramuan penyedap rasa dalam masakan sayuran. 

Rebus cicah kelapa....


 Khasiat ubi ini dalam tiap-tiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 75 g, protein 1.6 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin A 0.0 mg, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg, vitamin C 8.1 mg.  

        Dalam tiap-tiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan daunnya mengandungi: air 93.8 g, protein 0.9 g, lemak 0.3 g, karbohidrat 3.5 g, serat 0.6 g, kalsium 164 mg, fosforus 86 mg, ferum 3.9 mg, natrium 3 mg, kalium 119 mg, karotena 1231 mg, vitamin A 205 mg,  vitamin B1 0.02 mg, vitamin B2 0.81 mg, niasin 0.8 mg niasin 0.8 mg dan vitamin C 2.1 mg.

ADA UBI ADA BATAS,
TANAM UBI TAK BOLEH MALAS.


27 September 2013

HUTAN PAYA BAKAU SUNGAI MERBOK



http//cikgulolita.blogspot.com



Pengalaman menyertai Projek Menanam Pokok Bakau bersama pelajar persatuan Sains dan Alam Sekitar SMK Tunku Ismail pada 6 April 2013 yang diketuai oleh Cikgu Nor Hartina Abu Bakar adalah satu kenangan indah yang ingin dikongsi bersama sahabat-sahata sekalian. Sungai Merbok adalah sebuah sungai yang terletak di utara bandar Sungai Petani dalam negeri Kedah Darulaman. Dengan kelebaran hampir kurang lebih 1 km disesetengah tempat ia menjadi laluan mudah bagi kapal-kapal layar yang besar dizaman dahulu untuk mudik ke hulu. Sungai ini di kualanya terletak kawasan peranginan Pantai Merdeka di selatan dan Tanjung Dawai di Utaranya.


Sekiranya kita memudikki sungai ini dari kuala ke hulu sungai, dikanan kita adalah Kuala Muda sementara di kiri ialah Lembah Bujang. Memang ada pun nama kampung seperti Kg Pengkalan Bujang dan Kg Segantang Garam dikiri sungai ini. Di kanan pula terletak Kg Sungai Layar tempat membaiki kapal layar zaman dahulu. Nama-nama ini sudah pasti ada kaitan dengan aktiviti perniagaan masyarakat setempat ketika itu. Oleh sebab itu nama-nama lain seperti Sg. Jagong, Sg. Tukang, Sg. Layar, Sg. Pasir dll disekitar Sungai Petani, Telok Bayu, Bendang Raja, kolam Duli merupakan kawasan perdagangan di raja pada zaman dahulu. Di kawasan Sungai Merbok inilah terdapat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan terutama sekali dikawasan 
yang di panggil Istana Pulau Tiga.

Peninggalan sejarah disini kami boleh bahagikan kepada tiga iaitu,
1) Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga
2) Peninggalan ‘Gok’ pembakar kayu untuk membuat arang dan batu bata
3) Peninggalan kubu tentera British

Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga

Terdapat 3 buah pulau kecil dalam Sungai Merbok, iaitu Pulau satu, Pulau dua dan Pulau Tiga. Pulau tiga turut juga dikenali sebagai Pulau Kunyit. Pulau-pulau ini walau pun hari ini dikelilingi oleh pokok bakau akan tetapi tanah dibahagian tengahnya kejap dan rata, sesuai untuk didirikan bangunan.Menghampiri Pulau Tiga. Walaupun berpaya bakau disekelilingnya, dibahagian tengah nya mempunyai tanah dan batu yang kukuh.Menurut pegawai perhutanan yang membawa kami menyusuri Sungai Merbok ini setakat yang diketahuinya perkampungan berhampiran Sg Merbok dikatakan milik seorang Sultan.
Menurut seorang penduduk tempatan yang tinggal berhampiran, berusia 73 tahun iaitu Pak Saad terdapat sebuah istana yang didirikan diatas air berhampiran dengan Pulau Tiga. Sewaktu air surut kesan-kesan batu-bata istana ini boleh dilihat didalam air. Istana ini telah dirobohkan sekitar tahun 1876-1881 sewaktu negeri kedah dijajah oleh tentera thai. Malah tanah kampung yang mana Pak Saad mendirikan tanah diklasifikasikan sebagai tanah milik raja, bermula dari jambatan Semeling hingga ke Laguna Merbok.Alor Sungai Tukang telah pun ditutup untuk membina kawasan perumahan Bandar Laguna Merbok. Sungai Tukang adalah tempat dimana kapal-kapal layar zaman dahulu berlabuh untuk dibaiki.

Didalam buku sejarah Mahawangsa terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah ada menyebut bahawa Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pernah bersemayam diistana Pulau Tiga sewaktu melarikan diri tentera thai dahulu. Kalau dicari istana ini hari ini, sememangnya tidak akan dijumpai lagi. Ia telah lama di musnahkan oleh tentera penjajah di zaman dahulu dan serpihannya dibuang kedalam air. Bumi bertuah ini sejak zaman dahulu tidak pernah dilanda gempa bumi untuk merobohkan binaan ini semua. Sekiranya ada, pasti serpihannya dapat dilihat oleh kita hari ini. Begitu juga candi di Lembah Bujang yang sengaja ditimbus untuk menutup sejarah bangsa.

Di riwayatkan bahawa Istana Pulau Tiga adalah sebuah istana lama yang dibina semenjak zaman Iskandar Zulkarnain lagi. Malah dikatakan juga pembinaan istana di Mandalay oleh Raja Mandalika Sultan Madzafar Syah III bergelar Rama Tibodi I adalah mengambil kira saiz dan rekabentuk bangunan tersebut. Hari ini, kesahihannya sudah pasti tidak dapat dipastikan lagi. Dari segi kupayaan masyarakat setempat sememangnya ada kerana Borobodur yang jauh lebih besar pun mampu didirikan di Pulau Jawa. Yang tinggal hanyalah dinding-dinding kotanya sebagai bukti untuk generasi kita hari ini.

Hujan yang turun mencurah-curah semenjak semalam masih belum reda. Pelajar-pelajar tidak sabar untuk meneruskan perjalanan kerana ada antara mereka yang pertama kali menyusuri sungai dengan menaiki bot.
Kami guru-guru diminta berpatah balik kerana rupa-rupanya ada bot lain untuk kami naiki. Namun ada guru-guru lain yang sudah menaiki bot enggan turun dek kerana teruja...sebenarnya bukan bot tetapi sampan.



Tiba di kawasan penanaman bakau tiada jeti khas dalam keadaan licin kami terpaksa berpaut pada pokok-pokok bakau yang terdapat di situ. Bab jatuh terduduk jangan cakap la....ramai yang kena. Tapi ini adalah kenangan.....


Walaupun keadaan berlumpur cikgu-cikgu tetap posing maut.....


Wajah cikgu-cikgu SMK Tunku Ismail yang maintain ayu walaupun kuyup dibasahi hujan

Terasa seperti menyusuri Sungai Amazon....walau tak pernah pergi tetapi pernah menonton filem Anaconda. Cantik sungguh pemandangan di sini....sayangnya tiada kemudahan untuk pelancong menyusuri Sungai Merbok setakat yang saya ketahui sepanjang tinggal di bandar Sungai Petani ini.


Anak-anak pokok bakau yang tetak disemai  sedia untuk di tanam
Cikgu Nor Hartina orang kuat program ini....




Keratan Akhbar...


Terima kasih kepada Cikgu Nor Hartina kerana sudi mengajak saya menyertai program ni....kalau tak, tak ada  idea nak tulis di blog ni...