14 September 2013

WAKAF KENANGAN UNTUK IPG KAMPUS PERLIS







Kalau ke bukit sama mendaki,
Kalau ke laut sama berenang;
Kalau kita bersatu hati,
Kerja yang berat menjadi senang.


Assalamualaikum ....sebelum menamatkan pengajian, kami pelajar-pelajar PGSR RBT ambilan November 2008 telah diminta menyiapkan projek mega untuk IPG Kampus Perlis salah satunya ialah membina semula wakaf daripada bahan-bahan terpakai.

Inlah antara bahan-bahan yangperlu dikitar semula.....




Kerja usung mengusung pada peringkat awal, sambil mengusung sempat lagi posing. Che Ta kalau tak snap gambar itu tandanya bateri kong......



Benda nilah yang paling berat yang amat ....macam nak putus urat mengangkat dan mengusungnya. Geng kami (kaum ibu) hanya mampu memindahkan 2 ketul pengalas ni jerrrr. Yang menolak dengan susah payah ni Cikgu Rokiah, Cikgu Shimah dan Cikgu Hasnah.....

Kerja-kerja pemasangan diserahkan kepada kaum lelaki yang gagah-gagah belaka. Cikgu Zaini Lazim dan Cikgu Sabre pakar membuat tanggam yang lain-lain iaitu Cikgu Zaini Bahari, Ckgu Adenan dan Cikgu Zaini Bahari ditugaskan di bahagian pemasangan.Cikgu Shimah tu AJK sokong tiang ....





Atap yang dah berkulat kami bersihkan. Habis sahaja aktiviti  membersih badan pun terketar-ketar dan menggeletar. 

Ha inilah wajah=wajah pemerhati bebas yang sering memberi komen sepanjang pembinaan wakaf. Bukan duduk sahaja tapi gambar ni ni ambil ketika kami berehat sebentar.



Orang-orang kuat dan tak berapa kuat sempat posing untuk kenang-kenangan setelah hasil penat lelah berhasil.


Akhirnya siaplah wakaf di belakang bangunan Jabatan Pengajian Teknikal IPG Kampus Perlis. Selepa ini bolehlah anak-anak yang meneruskan pengajian di sini duduk-duduk sambil menyicah buah mempelam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan