10 September 2013

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK


FAKTOR REKA BENTUK

1.         Antara berikut, yang manakah benar tentang rupa bentuk dalam faktor utama reka bentuk?
A
Dapat menarik perhatian pengguna
B
Dapat memenuhi fungsi produk dibuat
C
Menyatakan proses kerja projek ynag dihasilkan
D
Mementingkan pemilihan bahan yang sesuai dengan projek

Seorang budak kecil terjatuh dari kerusi akibat kaki kerusi tersebut patah
2.         Antara yang berikut, faktor manakah tidak menepati faktor utama bagi reka bentuk kerusi yang dinyatakan di atas?
A
Kos
C
Rupa bentuk
B
Fungsi
D
Ketahanan

JENIS BAHAN DAN PENGIKAT

·      Keselamatan
·      Nilai komersial
·      Kemasan
3.         Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan maklumat yang disenaraikan di atas.
A
Sifat bahan
B
Proses reka bentuk
C
Kerja-kerja pembinaan
D
Faktor utama reka bentuk

·      Penebat yang baik
·      Boleh didapati dalam pelbagai warna
·      Permukaannnya licin
4.         Apakah bahan yang dikaitkan dengan pernyataan di atas?
A
Keluli
C
Perspek
B
Aluminium
D
PVC

5.         Antara berikut, yang manakah adalah kelemahan PVC?
I
Mudah calar
II
Mudah pecah
III
Tidak tahan lasak
IV
Tidak tahan haba yang tinggi
A
I dan II
C
II dan IV

B
I dan III
D
III dan IV


6.         Glu panas didapati dalam bentuk
A
rod
C
kepingan
B
bulatan
D
tiup berongga

7.         Mengapakah skru benam sendiri menjadikan proses kerja lebih cepat?
A
Kepala skru boleh diubahsuai
B
Kepala skru tidak perlu diratakan
C
Kurang menggunakan tepung penyumbat
D
Kerja menggerudi dan menskru dijalankan berterusan

8.         Antara yang berikut, yang manakah diperbuat daripada besi dan karbon?
A
Perspek
C
Keluli lembut
B
Aluminium
D
Skru benam sendiri

·      Sejenis logam bukan ferus
·      Diperoleh daripada bauksit
·      Merupakan konduktor haba dan elektrik yang baik
9.         Antara yang berikut, bahan yang manakah mempunyai ciri-ciri seperti pernyataan di atas?
A
PVC
C
Aluminium
B
Perspek
D
Keluli lembut

10.       Berdasarkan pernyataan di bawah ini, yang manakah merupakan ciri-ciri bahan PVC?
I
Mudah dikerjakan
II
Ringan, keras dan kukuh
III
Tidak tahan terhadap haba yang tinggi
IV
Digunakan secara meluas dalam pembuatan perkakasan lampu
A
I, II dan III
C
I, III dan IV

B
I, II dan IV
D
II, III dan IV


11.       Antara bahan pengikat yang berikut, yang manakah digunakan untuk membuat cantuman separa kekal pada kayu dan perspek?
A
Paku
C
Glu panas
B
Ribet
D
Skru benam sendiri

12.       Antara yang berikut, alatan yang manakah digunakan untuk membentuk, melipat, dan meratakan kepingan logam?
A
Rivetter
B
Gandin getah
C
Penebuk pusat
D
Pisau pemotong perspek

13.       Antara pengikat yang berikut, yang manakah digunakan bersama dengan hot glue gun?
A
Paku
C
Glu panas
B
Ribet
D
Skru benam sendiri

14.       Antara yang berikut, pengikat yang manakah digunakan bersama dengan pop ribet untuk pemasangan secara kekal?
A
Paku
C
Glu panas
B
Ribet
D
Skru benam sendiri

 ALATAN TANGAN DAN MESIN

1.         Saiz ribet ditentukan berdasarkan
A
berat                        C    panjang
B
bahan                      D    diameter

2.         Kepala gandin diperbuat daripada
I
kulit
III
Keluli

II
kayu
IV
konkrit

A
I dan II
C
II dan III
B
I dan III
D
II dan IV

3.         Apakah kegunaan gandin dalam proses pembentukan logam nipis?
A
Membuat lubang
B
Memotong tepian
C
Membentuk lipatan
d
Menanda garisan lurus

4.         Hot glue gun mendapat haba panas daripada
A
arang
B
dapur gas
C
bekalan elektrik
D
semburan angin

·      Digunakan untuk mencantum kepingan kayu di hujung dan pepenjuru
·      Mempunyai pelaras spring
5.         Pernyataan di atas sesuai untuk sejenis alat tangan. Namakan alatan tersebut?
A
Rivetter
B
Stapler gun
C
Hot glue gun
D
Pisau pemotong perspek

6.         Pilih tindakan yang betul apabila anda hendak menggunakan mesin gergaji jig untuk membuat projek.
A
Membaiki sendiri mesin yang rosak
B
Mengambilnya sendiri di dalam stor
C
Membersihkan mesin dengan air selepas digunakan
D
Meminta kebenaran guru untuk menggunakannya

7.         Antara berikut, yang manakah digunakan untuk menanda dan memandu mata gerudi?
A
Penggarit
C
Penebuk pusat
B
Mata gergaji
D
Cordless screw driver

8.         Antara alatan yang berikut, yang manakah digunakan bersama dengan penebuk pusat?
A
Gandin getah
B
Hot glue gun
C
Tukul kuku kambing
D
Tukul bonggol bulat



9.         Antara alatan yang berikut, yang manakah digunakan untuk merekat kepingan papan lapis?
A
Rivetter
C
Hot glue gun
B
Stapler gun
D
Cordless screw driver

10.       Antara alatan yang berikut, yang manakah sesuai digunakan bersama dengan dawai kokot?
A
Rivetter
C
Hot glue gun
B
Stapler gun
D
Cordless screw driver

PROSES REKA BENTUK

11.       Kemasan kayu boleh dilihat dari
I
Lapisan cat kilat
II
Melekatkan hiasan
III
Urat kayu yang cantik
IV
Kecacatan kayu yang jelas kelihatan
A
I, II dan III
C
I, III dan IV

B
I, II dan IV
D
II, III dan IV


12.       Sebelum kayu digilap dengan syelek, proses yang perlu dilakukan ialah
A
Disapukan cat kilat
B
Dikemaskan dngan lekar
C
Mengasarkan permukaan kayu
D
Menutup ira kayu dengan tepung penyumbat

13.       Aktiviti yang termasuk dalam pembinaan projek adalah proses
I
mengukur
II
menanda
III
memotong bahan
IV
mengenal pasti masalah
A
I, II dan III
C
I, III dan IV

B
I, II dan IV
D
II, III dan IV


14.       Mengapakah sesuatu produk perlu diberi kemasan yang sesuai?
A
Mempelbagaikan fungsi projek asal
B
Mengecilkan saiz projek daripada asal
C
Membesarkan saiz projek mengikut skala
D
Melindungi permukaan bahan

15.       Pengubahsuaian projek adalah proses yang dilakukan selepas proses?
A
menguji
B
menanda
C
mengukur
D
memotong





Tiada ulasan:

Catat Ulasan