21 September 2013

BERUNTUNGNYA WANITA KERANA BAWANG


Assalamualaikum sahabat sekalian.
Kenapa kita akan menangis bila memotong bawang?
Jawapan ringkasnya, kita menangis kerana apabila memotong bawang akan membebaskan enzim yang bergabung dengan molekul lain, menukarkan sebatian sulfur di dalam bawang kepada molekul yang menghasilkan bau yang kuat. badan akan bertindak balas dengan menghasilkan airmata untuk mengelakkan kimia yang tidak elok itu daripada memasuki mata. penukaran itu mengambil masa lebih kurang 30 saat dari mula bawang itu dipotong, dan semuanya akan selesai selepas 5 minit anda memotong bawang, melainkan kalau anda potong bawang yang lain.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memanstikan tidak terlalu banyak molekul yang busuk dan memedihkan ini sampai ke mata. kimia itu larut dalam air, maknanya jika bawang dipotong sambil dilakukan di bawah air yang mengalir, kimia itu akan dialirkan. dengan cara ini, tidak terlalu banyak kimia itu naik ke udara dan menyebabkan orang menangis.
Adakah sahabat pernah merasai kepedihan akibat libasan “bisa” bawang terutama bawang merah ? Tahukah sahabat apakah rahsia kelebihan orang yang mengupas bawang ? Mari saya kongsikan RAHSIA SEBIJI BAWANG yang memberi erti besar kepada para pengupas yang tentunya banyak dalam kalangan wanita.
Rasulullah SAW pernah suatu ketika berkata kepada anaknya Siti Fatimah :
“Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya kerana pedih memotong bawang untuk dimasak kepada ahli rumahnya, maka Allah SWT akan mencatatkan pahala sebanyak yang diberikan-Nya kepada orang yang menangis kerana takutkan Allah.”
 Beruntunglah wanita yang mengupas bawang untuk memasak makanan bagi ahli keluarganya berbanding membeli makanan yang sudah siap untuk dimakan. Kadang kala isteri lebih suka suami membeli makanan di kedai dengan alasan menjimatkan masa dan kos perbelanjaan.

Ramai yang tidak tahu RAHSIA SEBIJI BAWANG yang dapat memberi nikmat dan ganjaran yang besar telah Allah SWT sediakan. Kesannya, ramai wanita tidak gemar membuat kerja di dapur dan mengganggap tugas tersebut layak untuk tukang masak atau pembantu rumah.
Cuba tanya diri kita, apakah kita mudah menangis  disebabkan TAKUT KERANA ALLAH ? Tentu tidak ramai yang mampu berbuat demikian. Menangis bukan kerja mudah kecuali atas sebab-sebab tertentu menangis mudah dilakukan, antaranya terpercik “bisa” bawang.
Allah SWT Maha Mengetahui kelemahan hamba-Nya. Lalu dengan rahmat dan kasih sayang,  Allah menyediakan ganjaran dengan jalan mudah ke syurga. Betapa Allah memudahkan kerja-kerja wanita. Kelihatan sahaja mengupas bawang seperti kerja yang remeh temeh, tetapi pahalanya sangat besar sebagai satu kelebihan darjat kepada wanita. Subhanallah, JALAN MENUJU KE SYURGA ITU ADA DALAM RUMAH. Tetapi ramai kaum wanita tidak menyedarinya.
Oleh itu, mulai hari ini bertekadlah wahai kaum wanita untuk melakukan tugas dan tanggungjawab di rumah. Jangan jadikan alasan tiada masa, penat lelah dan kesibukan kerja di pejabat sehingga kita mencuaikan tugas rutin menyediakan masakan sedap untuk keluarga. Pasti setelah membaca hadis di atas, kita harus berusaha untuk menambah pahala buat diri dan yang paling bahagianya apabila suami dan anak menghargai masakan kita.

Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:

"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a)


KHASIAT BAWANG

Kita sering menjumpai datuk-nenek kita makan hirisan bawang merah mentah. Sesekali dicampur salad atau sekadar dimakan sebagai ulam. Kita yang melihat bahkan hanya boleh mengenyitkan dahi sambil menutup hidung. Layaknya bawang putih, bawang merah mempunyai aroma yang khas dan tajam. Namun, makanan ini mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan . Berikut adalah manfaat kesihatan dari makan bawang merah mentah:. 

1. Menyembuhkan sembelit 

Serat yang dikandung bawang merah membantu membuang racun dan zarah makanan keras yang terjebak dalam usus. Jika anda menderita sembelit, jangan segan untuk makan bawang merah mentah. 

2. Masalah pendarahan 

Bawang merah merupakan salah satu ubat mujarab untuk menyembuhkan hemoroid atau buasir.Malah, anda juga boleh menggunakannya untuk merawat pendarahan di hidung. Caranya cukup mudah hiris bawang merah dan sedut baunya secara perlahan. 

3. Mengawal diabetes 

Makan bawang merah mentah dapat meningkatkan pengeluaran insulin. Jadi, jika anda menderita diabetes, perbanyakkan penggunaan salad bawang secara teratur. 

4. Melindungi jantung 

Penggunaan bawang merah mentah secara teratur dapat melindungi jantung dari bahaya penyakit koronari. Makanan ini juga mengawal tekanan darah tinggi dan membuka arteri yang tersumbat. 
5. Mengawal kadar kolesterol 

Makanan herba ini boleh mengawal kolesterol dengan mengurangkan kolesterol jahat (LDL).Bawang merah juga mengandungi sulfida methylallyl serta asid-amino sulfur yang boleh menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). 

6. Mencegah kanser 

Bawang merah mempunyai banyak kandungan senyawa belerang. Sulfur dapat melindungi tubuh dari kanser perut, payudara, paru-paru, usus, dan prostat. Makan bawang mentah juga membantu menyembuhkan gangguan saluran kencing . 

Tidak suka makan bawang mentah? Tenang, ada banyak cara untuk mengakalinya. Salah satunya dengan mencampur keping bawang mentah ke dalam salad atau menambahkan ke dalam burger.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan