Assalamualaikum ...semoga sihat-sihat semua
Pada 19 Februari 2015 yang lalu ketika ramai rakan2 bercuti panjang , seramai 40 warga SMK Tunku Ismail (guru2, suami2 guru, pembantu tadbir, anak2 guru dan guru2 bersara SMKTI) telah ke Kampung Kok Pasir,Tumpat, Kelantan untuk menabur secebis bakti....
|
Banner kami |
|
Sebeleum bertolak doa dibacakan oleh PK HEM Ustaz Ramli bin Abdullah |
Pada asalnya kami bercadang untuk solat Subuh di Masjid Beijing, tetapi kerana tidak mahir dengan kawasan di negeri ini kami telah singgah di Masjid Khairiah Chabang Empat, Tumpat Kelantan
|
Ustaz Ramli di hadapan bas yang kami naiki |
|
Khemah bantuan banjir
|
Selesai solat dan mandi ala-ala musafir (maklumlah, tidur dalam bas) kami bertolak ke Tadika Kemas Kampung Kok Pasir, Tumpat....
Barang-barang yang kami bawa kebanyakannya peralatan cat mengecat...
Setibanya kami ke Tadika Kemas Kampung Kok Pasir, mmmm kami dijamu dengan aneka pilihan nasi, iaitu nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang...saya memilih nasi dagang, sinonim dengan tanah kelahiran saya Terengganu,,,dapat juga menikmati keenakan pulut lepa yang dah lama mengidam nak makan.
Bermulalah aktiviti cat mengecat...orang yang ambil gambar sudah tentu gambarnya tiada...hu hu hu.
|
Wah wah wah Abang Jefri pun pulun sakan...(inilah suami ku) |
|
Keadaan asal dinding bangunan tadika sebelum dicat (gambar atas dan bawah) |
|
Ni pula cikgu Rozis |
|
Ada juga gambar menyibuk tumpang cat |
|
Cikgu Jamil Othman, GKM Teknik Vokasional SMKTI
|
Geng masak bertungkus lumus memasak untuk tukang cat....
|
Cikgu Che Hindon |
Lauk pauk sehingga penuh meja...alhamdulillah
|
Tukang masak keletihan |
Sambung kerja....
|
Cikgu Rozis Che Pa, Cikgu Azam dan Cikgu Zainudin |
|
Orang kuat disebalik cat kuning ini ialah Cikgu Subhah Ahmad yang membelakang kamera |
|
Hasil kerja Cigu Aiza Salwa |
|
Sebelum |
|
Selepas |
|
Bahagian ini ialah hasil kerja Cikgu Huraini seisi keluarga |
|
Saya hanya mewarnakan bahagian kelopak bungaberwarna jingga |
|
Sebelum |
|
Selepas |
Hasil setelah siap....sebelum berangkat pulang kami sempat bertukar-tukar tanda kenangan....
|
Pulang dengan rasa puas hati |
Selepas beberapa hari kami pulang rupanya kisah kami terpapar dalam akhbar Sinar...paling menarik gambar suami saya yang terpampang...hi hi hi
Sebelum berangkat pulang kami singgah sebentar ke pusara dan kediaman Almarhum Tuan Guru Nik Aziz
|
Cuba lihat awan tak sangka kelihatan kalimah Allah....Subhanallah |
|
Alfatihah.... |
|
Sempat bergambar bersama dengan puteri sulung Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, Nik Aini |
|
Masya Allah tak sangka kami dijamu lagi...ada nasi impit dengan serunding kelapa, kuih muih dam teh o panas |
|
Saya, Cikgu Che Hindon, Cikgu Faridah dan Cikgu Mazlina |
walaupun kepenatan kami amat berpuas hati...benarlah janji Allah kalau niat baik Allah balas yang lebih baik. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Masjid Bukit Bunga...sekali lagi kami dijamu dengan hidangan makan malam...rupa-rupanya malam tu ada kenduri di masjid dan semua jemaah dijamu...alhamdulillah....
Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah...perjalanan kami selamat perga dan pulang tanpa sebarang halangan....semoga apa yang kami sumbangkan diberkati Allah. Amin ya rabbal alamin